My Blog List

Tuesday 7 August 2012

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

CLASS : DAD 1A
REGISTRATION NUMBER : 15DAD12F1042
ACADEMIC ADVISOR : CIK SITI AMINAH








Pengenalan

E-mail Cetak PDF
WAWASAN


Menjadi pusat pentadbiran yang berkesan ke arah menyelesaikan
segala masalah berhubung dengan pengurusan sumber manusia, pengurusan
pentadbiran dan pengurusan kewangan.



PSAS Berazam
menjadi Institusi Pendidikan dan Latihan Separa Profesional terulung di Malaysia.
PSAS Ingin menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Kejuruteraan,
Perdagangan dan Hospitaliti serta berazam untuk melahirkan graduan yang berketrampilan,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MISI

• Meninggikan kemampuan bertindak pantas terhadap aduan dan maklumbalas.
• Memupuk budaya senantiasa berusaha ke arah kecemerlangan.
• Berusaha mencapai penyelewengan sifar.
• Mematuhi peraturan-peraturan semasa.
• Peka terhadap teguran audit.
• Menggiatkan usaha peningkatan kualiti dan inovasi.
• Memimpin meneruskan kekuatan maklumat.
• Menyayangi persekitaran kerja bersih, indah dan ceria.



PSAS Beriltizam
untuk memberikan Pendidikan dan Latihan separa professional yang berkualiti
melalui sistem pengurusan dan pendidikan yang strategik, efektif, responsif dan relevan; prasarana yang lengkap dan persekitaran yang kondusif; bagi memenuhi keperluan modal insan dan tenaga kerja yang berketrampilan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PSAS Beriltizam
untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi
menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.


PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.

Pengurusan Personel

Pengurusan Personel melibatkan lapan proses utama berfungsi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perkembangan kemajuan staf Politeknik Sultan Azlan Shah.

Antara perkhidmatan dan fungsi-fungsi utamanya ialah:

1. Pewujudan jawatan baru.
2. Pengisian jawatan.
3. Pengesahan jawatan.
4. Kenaikan Pangkat.
5. Latihan staf.
6. Tatatertib.
7. Persaraan wajib dan
8. Kelulusan Penyata Perubahan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan dan sedia membantu menyelesaikan segala masalah berhubung dengan pengurusan sumber manusia, pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan seperti berikut:

1. Melayan pelanggan secara saksama, mesra dan menggembirakan.

2. Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih bertanggungjawab disamping meningkatkan prestasi dan imej jabatan.

3. Mengendalikan urusan perkhidmatan dalam tempoh 4 hari dari tarikh penerimaan dengan syarat disertakan dengan dokumen yang lengkap.

4. Menyediakan baucer bayaran bagi perkhidmatan dan bekalan dalam tempoh 7 hari dari tarikh bil diterima dari pembekal / pemborong.

5. Menghantar anggota perkhidmatan untuk mendapatkan latihan sekurang-kurangnya sekali dalam satu tahun perkhidmatan.

6. Memastikan semua Staf Akademik dan Staf Sokongan yang telah dilantik rasmi, mengikuti kursus yang ditetapkan seperti Kursus Induksi, peperiksan yang disyaratkan dan sebagainya untuk tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

7. Menentukan pengurusan kewangan Politeknik Sultan Azlan Shah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan mengikut prosedur yang ditetapkan.